Thursday, December 30, 2010

Tahun 2010 Tahun menyedihkan.........

Terlalu perit untuk mengimbau kembali berlalunya tahun 2010...
banyak kesedihan daripada keseronokan yang aku alami...
seorang insan yang aku paling kasihi pergi meninggalkanku selama-lamanya...
Terlalu sukar untukku menerima pemergiannya..
sebelum pemergiannya...solat hajat, doaku buatnya tidak pernah luput hinggakan aku pernah berdoa "Ya Allah.. sembuhkanlah Ibuku...cabutlah nyawaku terlebih dahulu sebelumnya"

Sungguh memeritkan..di saat aku bakal menerima pekerjaan, aku memasang segala impian buatnya..aku ingin belikan dia apa pun..aku ingin membawa dia melancong ke mana-mana...aku ingin beri dia makan apa jua yang dia ingini...tapi apakan daya, gaji pertamaku keluar..aku hanya dapat memberikan dia sebentuk cincin,, seutas rantai dan gelang tangan...aku tahu semua itu tak cukup untuk membalas jasanya..aku hanya dapat memberikan dia belanja untuk perubatannya ke sana ke sini..

Setelah 5 bulan berhempas pulas dengan penyakit 'buatan orang' di tanggungnya...pada hari jumaat 12/11/2010 di rumah tempat dia berubat, dia memberitahu "aku mau pulang", aku tanya..di mana kau mau pulang mak?di rumah aku?dia mengangguk...dengan menaiki keretaku, kami membawanya pulang ke rumahku..aku rasa gembira yang teramat, dia ada disisiku..sampai jak di rumah, aku terus ke pekan untuk tujuan membeli kerusi sofa,katil,peti sejuk dan mesin basuh. aku mahu dia selesa bila tinggal di rumahku. kedai tu bgtau diorang akan hantar semua barang pada hari isnin. aku pulang semula ke rumah..Tapi, entah kenapa,tiba-tiba hatiku terdetik mau melangsaikan hutangnya. Hari esoknya dan ahad aku sibuk ulang alik ke kampung untuk membayar segala -galanya...

Akhirnya, jam 1.30 pagi, aku dikejutkan oleh adikku yang sentiasa jadi pengiring dia semenjak dia sakit dari awal lagi "Man, bangun man..kenapa mama 2?" Ya Allah..aku terkejut, lantas terus masuk dalam biliknya...masyaAllah, dia tengah berhempas pulas dgn sakaratul maut...aku sempat menunaikan solat hajat dan berdoa padaNya, andai ini saatnya, permudahkanlah untuk dia mengharunginya...aku sempat bagi dia air untuk dia senang melafazkan kalimah... aku cemas sebab sudah hampir 3 jam dia masih bertarung.. aku beranikan diri untuk memanggil imam qaryah..setelah mendapatkan imam, sampai jak di rumah, semuanya bertangis-tangisan..aku sudah menduga, dia sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..

Sudah 3bulan dia meninggalkan aku, namun aku masih rasa bersalah..aku tidak sempat menunaikan janjiku padanya.. aku kehilangan kekuatan dalam diriku...aku hanya mampu bergelak ketawa pada zahirnya namun batinku terseksa. aku sudah tiada tempat meluah, aku tidak boleh makan masakan dia lagi, aku tidak boleh bermanja-manja lagi dengan dia. aku sakit dia akan beri aku ubat. waktu aku sedih dia akan beri kekuatan pada aku..sekarang ni??aku tiada siapa-siapa lagi, aku hanya boleh memendam segalanya...aku bersedih, tekanan,gembira..hanya aku yang merasa...aku hanya mampu berdoa, dia akan aman di alam barunya...